Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

Jenis - jenis Ikan Laga ( Betta Fish )

Halfmoon Betta /  Bulan ( HM )




Karin bulan boleh dilihat terus kepada ekornya,ikan ini mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah.



Crowntail Betta / Matahari ( CT )



Yang nie memang jelas terlihat pada ekor ikan.Orang putih menggelar ikan nie crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya karin matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.
King Crowntail
Halfmoon plakat Betta / Plakat ( HMPK )



Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon seperti gambar diatas.

Plakat Betta ( PK )


Ikan laga nie boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat juda datang dalam bentuk halfmoon dan crowntail (yang biru) . Plakat nie mempunya ekor yang membulat berbeza dengan HMPK

Double tail Betta ( DT )


 Mempunyai ekor yang berbelah dua. Juga datang dalam banyak bentuk iaitu Halfmoon, Crowntail,Veiltail dan Giant.

Big Ear Betta / Dumbo


Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.

Veiltail betta ( VT )





Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas. Mudah dijumpai dikedai ikan .

Giant Betta



Karin nie datang dalam banyak jenis dan mudah dikenalpasti.Saiz ikan nie 2 kali ganda besar dari ikan normal. Biasa saiznya 2.5inch dan keatas.


Delta Betta / SuperDelta ( SD )

 



Delta mempunyai ekor yang panjang berbetuk bulat dan SuperDelta mempunyai ikan yang sama tapi lebih besar 160-179 darjah. Kebanyakan jenis nie hujung ekor bentuk bulan berbeza dengan halfmoon.

Combtail Betta ( CB )





Ekor kelihatan seperti karin matahari tapi berbentuk jarum yang lebih kecil, berbentuk seperti sikat (comb) . 

Longtail Betta ( LT )



Ikan laga nie ade ekor yang panjang seperti gambar. Berbeza dengan ekor veiltail.

Rosetail Betta




Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.

Feather tail Betta ( FT )



 Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather) 

Spade tail Betta


Ikan nie ade ekor yang bermuncung tajam berbentuk seperti penyodok (spade) .

Round tail Betta




Ikan nie mempunyai ekor yang berbentuk bulat seperti gambar diatas.

Sumber Google


Sebarang pertanyaan ?
Call / Whatapps - 013 924 2737
Facebook - 
Betta Mfa

Followers