Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

IKAN GAPI / GUPPY


Ikan kecil yang mempunyai pelbagai warna, corak dan mudah dibela.Ianya tahan lasak dan mudah membiak menjadikannya sebagai pilihan kebanyakkan peminat.Antara warna biasa ialah merah,kuning, oren,hijau biru dan hitam.Gapi juga mempunyai pelbagai bentuk ekor menjadikan gapi sebagai ikan hiasan yang sangat banyak variasinya.saiz ikan dewasa adalah antara 2 hingga 5 cm.Ikan ini juga sangat mesra dan sesuai dipelihara dalam jumlah yang banyak.

Makanan
Ikan gapi adalah ikan omnivor, ia makan tumbuhan dan haiwan kecil lain. Makanan buatan seperti micropellet boleh  diberikan kepada  ikan ini.
Terdapat juga pallet khusus utuk ikan jenis ini, bagaimanapun  pallet bersaiz besar yang dihancurkan juga boleh digunakan. Ikan gapi juga mengamalkan kanibalisme(dewasa makan anak). Dengan memberi makanan yang kerap dan cukup mampu mengurangkan sifat kanibal ini.

Air
Air yang biasa digunakan untuk ikan gapi ialah air tawar walaupun ikan ini boleh hidup dalam air masin, bagaimanapun  terdapat pendapat mencadangkan  air sedikit payau untuk ikan jenis ini(1 sudu makan untuk 20 liter air), ikan ini lebih digalakkan dipelihara pada  suhu  25.5 dan 27.8 °c
Sesetengah penternak ikan hiasan ini menternak ikan gapi dalam air masin,ini kerana dikatakan dalam air masin ikan ini dikatakan lebih susah dihingapi penyakit air tawar,akibatnya apabila ikan ini (yang diternak dalam air masin) tidak mempunyai imuntasi yang cukup untuk ringtang penyakit ikan air tawar. Antara tanda-tanda nya ialah ikan yg baru dibeli mengalami tekanan atau mati apabila dimasukkan kedalam akuarium...
kestabilan suhu air adalah amat penting untuk ikan gapi, kekuatan sistem imuntasi ikan ini akan mendadak merosot  jika  suhu air berubah mendadak,keadaan ini seringkali mengakibatkan ikan gapi mati beramai-ramai akibat jangkitan kuman atau kulat.

Hiasan
Ikan gapi biasanya tidak menhadapi masalah dengan hiasan dalam akuarium, dicadangkan menggunakan batu-batu kecil dan sederhana dibahagian dasarnya .Batu-batu yang bersaiz sederhana pula dapat menyediakan celah-celah untuk pesembunyian ikan gapi yang baru lahir.
Penggunaan tumbuhan air juga digalakkan, ini dapat mengurangkan tekanan pada ikan gapi kesayangan anda serta memberi tempat membesar yang sihat untuk anak gapi yang baru lahir. Penggunaan tumbahan hidup yang terapung juga digalakkan, ini kerana ikan gapi yang baru lahir tidak mahir berenang dan akan berenang di pemukaan air selama sekitar 2 jam pertama sebelum mahir berenang dan menyelam sepenuhnya. Bagaimanapun, tumbuhan air yang terapung  janganlah  menutupi lebih separuh dari pemukaan akuarium untuk menggalakkan pengudaraan berlaku
Pengunaan pam angin untuk pengudaraan juga amat digalakkan bagaimanapun, penggunaan pam air untuk tujuan penapis air perlu dielak. Kuasa sedutan pam air mampu menyedut dan membunuh ikan gapi yang berharga anda,gunalah penapis air yang menggunakan penggerakan  buih  untuk menyedut air, penapis jenis ini kurang berkuasa tapi selamat untuk ikan gapi anda.

Bagaimana nak tahu jantan dan betina?
- Yang jantan biasanya berekor kembang dan warnanya lebih cantik berbanding yang betina. Yang betina ekornya kecil dan warnanya tidak colourful macam jantan.

Mengawan, Persenyawaan, Bunting dan Melahirkan
- Ikan gapi/ guppy akan masuk usia matang dan ada sifat untuk mencari pasanagan sekitar 2-4 bulan. Kalau tengok ikan betina perutnya mengening bulat, bolehlah asingkan. Dan setelah lahir semua anak ikan, ibunya perlu diasingkan dari anak-anaknya kerana ikan dewasa ada tendency untuk makan anak-anak yang baru lahir ni.

Sentiasa Minta Makan
- Rasanya memang feel ikan begitu. Dia akan minta makan sentiasa, kelihatan seperti kuat makan dan kelaparan. Hakikatnya, kita perlu memberi makan dalam skala/ jadual. Dicadangkan memberi makanan ikan 2-4 kali sehari, dalam kuantiti yang sedikit.

Tahukah anda , harga ikan gapi boleh mencecah harga ratusan ringgit dan ribuan ringgit ?
Antara jenis2 yang ada dibela oleh saya , berminat utk memiliki atau melihat spesis lain boleh whatapps saya 0139242737 ( ALONK )












Tips :- 
  • Sebelum memasukkan batu hiasan, rendamkan semalaman dahulu. Jangan beli-beli terus masukkan dalam akuarium, boleh menganggu pH air.

  • Beli ikan di kedai, atau Online , Biarkan ikan yang masih dalam plastik terapung dalam akuarium selama 15-20 minit supaya ikan biasa dengan suhu air akuarium. Kemudian buka plastik, masukkan pula air dari akuarium, biarkan dalam 5-10 minit. Lastly, barulah lepaskan ikan perlahan-laham ke dalam akuarium.
Sebarang Pertanyaan ?
whatapps - 0139242737
Facebook - Betta Mfa

KELAB PEMINAT IKAN LAGA MALAYSIA (K.P.I.L.M)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini merupakan group Kelab Peminat Ikan Laga Malaysia.
Anda boleh iklan berkaitan Ikan Laga , bleh bertanyakan soalan serta permasalahan anda dan seumpama dengannya.
●Dilarang sama sekali iklan berkaitan Lucah dan politik.
●Tolong jaga harga market.
●Hormati sesama kita.
●Post tidak berkaitan akan diblock.

Bagi kawan-kawan yang nak join boleh search di facebook -> KELAB PEMINAT IKAN LAGA MALAYSIA 
atau tekan link ini - K.P.I.L.M

Bagi yang nak join group whatapps boleh whatapps saya - 013 924 2737 (alonk) atau tekan link ini - Alonk

GRINDAL WORM


Grindal worms
Use these for:

· Betta from 1/2 inch to adult
· Corydoras from 1/2 inch through adults
· Newts
· Salamanders
· Some Frogs
· Apistogramma 1/2 inch through adult
· Killifish from 1/2 inch through adult
· Gourami from 1/2 inch through adult
· Guppy 1/2 inch through adult
 Angelfish from 1/4 inch to 1/2 inch...and discus too.

Berminat? Whatapps saya 0139242737 atau tekan je link kat bawah utk terus ke whatapps saya. 

Betta Mfa



KEPENTIGAN KESIHATAN IKAN

Definasi Penyakit
  • Perubahan samada dari segi fizikal dan kelakuan dari keadaan normal kepada tidak normal yang disebabkan oleh faktor-faktor yang mungkin diketahui ataupun tidak diketahui.
  • Gangguan fungsi organ dalaman.
Punca ikan sakit:
  • Alam akuatik yang tidak sesuai
  • Keracunan air dan makanan
  • Tidak cukup makan/makanan kurang zat
  • Cara penangkapan atau pengendalian
  • Kuman(parasit, bakteria, kulat/virus)
Dari mana agen penyakit datang?
  • Air
  • Sedimen
  • Makanan
  • Haiwan akuatik lain/burung
  • Manusia
  • Peralatan
Bagaimana ia masuk pada ikan?
  • Melalui insang
  • Melalui kulit
  • -Garis Deria
    -Kecederaan
  • Makanan
Bagaimana Penyakit ikan berlaku?
  • Berlaku apabila ikan mengalami tekanan akibat dari faktor-faktor berikut:
  • a. DO kurang dari 3.0mg/l
    b. pH kurang dari 6.0 dan >8.5
    c. Ammonia > 1.0ppm
    d. Nitrat > 1.0ppm
    e. Nitrit > 0.02ppm
    f. Suhu < 26˚C
  • Kekurangan makanan seimbang atau makanan yang berkualiti
  • Baka yang kurang baik
  • Pertukaran air yang tidak sempurna
  • Penyediaan kolam yang tidak betul
  • Persekitaran yang buruk
  • Kelemahan pengurusan    
Cara rawatan ?
  • Bergantung pada penyakit yang dihadapi.
  • Whatapps (0139242737 ) saya gambar ikan hiasan anda untuk saya nyatakan penyakit dan cara mengatasi.

Sebarang pertanyaan ?
Whatapps - 013 924 2737
Facebook - Betta Mfa

Tea Ketapang


*100 % daun ketapang kering dan sedikit resepi

* anti bakteria
* satu sachet = boleh tahan selama 2minggu 
* Meningkatkan warna ikan dan menstabilkan air
* Sesuai utk betta fish , guppy , molly , aro , flowerhorn dan ikan air tawar.
* 1 paket boleh guna 2 kali utk aquarium bersaiz 4kaki.





Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.
Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin.
Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Kebaikan / khasiat daun ketapang untuk ikan laga

  • Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  • Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
  • Merawat luka-luka pada ikan laga
  • Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
  • Mengoptimum kesihatan ikan laga
  • Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
  • Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium) 
  • Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
  • Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  • Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
  • Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  • Mengurangkan stres/murung ikan laga . Contoh yg dimaksudkan stress , ikan duduk senyap tanpa pergerakkan.
  • Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga





Sebarang pertanyaan ?
Whatapps - 013 924 2737
Facebook - Betta Mfa

Jenis - jenis Ikan Laga ( Betta Fish )

Halfmoon Betta /  Bulan ( HM )




Karin bulan boleh dilihat terus kepada ekornya,ikan ini mempunyai ekor yang berbentuk separuh bulan penuh. Halfmoon yang sempurna mempunyai ekor yang berbentuk 180 darjah.



Crowntail Betta / Matahari ( CT )



Yang nie memang jelas terlihat pada ekor ikan.Orang putih menggelar ikan nie crowntail kerana ekornya yang berbentuk mahkota. Masyarakat melayu menggelarnya karin matahari kerana ekornya yang seakan dengan sinaran cahaya matahari.
King Crowntail
Halfmoon plakat Betta / Plakat ( HMPK )



Halfmoon plakat mempunyai ciri yang sama dengan plakat namun mempunyai ekor yang berbentuk halfmoon seperti gambar diatas.

Plakat Betta ( PK )


Ikan laga nie boleh dikenal pasti dengan sirip atas yang pendek dan sirip bawah yang memanjang. Plakat juda datang dalam bentuk halfmoon dan crowntail (yang biru) . Plakat nie mempunya ekor yang membulat berbeza dengan HMPK

Double tail Betta ( DT )


 Mempunyai ekor yang berbelah dua. Juga datang dalam banyak bentuk iaitu Halfmoon, Crowntail,Veiltail dan Giant.

Big Ear Betta / Dumbo


Mempunyai sirip kiri kanan yang besar. Kebanyakan jenis nie bersirip putih dan juga ada dalam bentuk halfmoon.

Veiltail betta ( VT )





Ikan laga nie mempunyai ekor yang memanjang seperti langsir (veil) . Ikan nie boleh dikenal pasti terus dan mudah dibezakan seperti gambar diatas. Mudah dijumpai dikedai ikan .

Giant Betta



Karin nie datang dalam banyak jenis dan mudah dikenalpasti.Saiz ikan nie 2 kali ganda besar dari ikan normal. Biasa saiznya 2.5inch dan keatas.


Delta Betta / SuperDelta ( SD )

 



Delta mempunyai ekor yang panjang berbetuk bulat dan SuperDelta mempunyai ikan yang sama tapi lebih besar 160-179 darjah. Kebanyakan jenis nie hujung ekor bentuk bulan berbeza dengan halfmoon.

Combtail Betta ( CB )





Ekor kelihatan seperti karin matahari tapi berbentuk jarum yang lebih kecil, berbentuk seperti sikat (comb) . 

Longtail Betta ( LT )



Ikan laga nie ade ekor yang panjang seperti gambar. Berbeza dengan ekor veiltail.

Rosetail Betta




Ikan laga nie mempunyai ekor yang berbentuk bunga dan beralun.

Feather tail Betta ( FT )



 Mempunyai ekor yang berbentuk seperti bunga tapi lebih tajam seperti bulu burung (feather) 

Spade tail Betta


Ikan nie ade ekor yang bermuncung tajam berbentuk seperti penyodok (spade) .

Round tail Betta




Ikan nie mempunyai ekor yang berbentuk bulat seperti gambar diatas.

Sumber Google


Sebarang pertanyaan ?
Call / Whatapps - 013 924 2737
Facebook - 
Betta Mfa

Jan 2015

Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ikan Laga Terengganu Jan 2015 ( Betta Fish Competition )


Alhamdulillah , selesai sudah comp di Terengganu. disini saya sharekan beberapa gambar yg sempat diambil. Enjoy ^^,

Bench In Time




 
                                 








Siapakah ini ? baju penuh misteri... jeng2


Judge kita - Welly Serama Derhaka



TIME TO WAR !

















Antara Hadiah-hadiah menanti pemenang !






Grand Campion Time!








Tadaaa.. our GC !


GC milik  Pieky Alex Teck. Tahniah !

Wajah2 pemenang. Muka ada senyummmm!














Senyuman yg mengoda ni,  Admin blog ni - Betta Mfa




Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia.

Terima Kasih kerana singgah ! :)



Followers