Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

Khasiat Daun Ketapang.


Nama Botani : Terminalia Catappa L.
Famili : Combretaceae

Pengenalan


Pokok ketapang berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui hidup secara liar di tepi pantai berpasir. Pokok ini juga mampu untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan tanah. Ia ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik dan memberi teduhan yang agak luas. Pokok ketapang boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Daunnya bersaiz lebar, berselang seli dan dahan bertingkat (rujuk foto) mengikut usia pokok. Bunganya sangat kecil dan keluar secara berjambak. Buah ketapang berbentuk bujur dan leper berwarna hijau ketika muda. Apabila masak, buahnya bertukar menjadi kuning atau merah mengikut jenis. Pokok ketapang membiak melalui biji benih yang mampu bertahan dalam jangka masa lama, terapung dan tahan kepada kemasinan air laut. Ia juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting.Pokok ketapang sejenis pokok rendang yang mempunyai daun yang lebar. Oleh itu ia amat digemari sebagai tempat berteduh. Kebanyakkan peniaga peniaga suka berteduh di bawah pokok ketapang ini kerana dapat mengurangkan panas ketika berniaga.


Kegunaan


Pokok ketapang banyak ditanam sebagai penghias landskap atau pokok teduhan. Kayunya yang keras digunakan dalam pembuatan perabot, bahan binaan dan bahan bakar. Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak.

Daun, kulit pokok, buah dan akar pokok ketapang digunakan dalam proses mewarna dan menghasilkan dakwat hitam. Biji buahnya boleh dimakan untuk melawaskan pembuangan air besar tetapi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan cirit birit. Buah ketapang yang direbus dan diminum dapat merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya direbus dan diminum dipercayai dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah. Daun ketapang dilayur di atas api dan ditampal pada sendi dikatakan boleh merawat reumatik. Kulit pokok dan akar ketapang direbus dan diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, disenteri dan pendarahan rahim. Air rebusan tersebut disapu pada bahagian berkenaan untuk mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.


Gambar rajah diatas menunjukkan daun ketapang yang kering.


Kelebihan daun ketapang untuk ikan laga


Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.
Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin.
Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Kebaikan / khasiat daun ketapang untuk ikan laga

  • Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  • Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
  • Merawat luka-luka pada ikan laga
  • Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
  • Mengoptimum kesihatan ikan laga
  • Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
  • Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium) 
  • Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
  • Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  • Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
  • Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  • Mengurangkan stres/murung ikan laga . Contoh yg dimaksudkan stress , ikan duduk senyap tanpa pergerakkan.
  • Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga

Cara Penggunaan:


  • Ambil sekeping daun ketapang yang KERING letakkan ke dalam bekas/akuarium 
  • Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air kepada kekuningan
  • Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres
  • Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena penyakit
  • Ditukar 1-2 mggu sekali


Gambarajah diatas menunjukkan contoh daun ketapang . berminat boleh hubungi.



Sebarang pertanyaan ?
Whatapps - 013 924 2737
Facebook - Betta Mfa

Followers