Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

Ilmu Dunia untuk Semua.

Soalan2 biasa diajukan oleh mereka yang baru berminat menceburi hobi yang berharga ini.

Soalan pertama : 
Anak ikan saya dah menetas.. selang 4,5 hari , kenapa anak ikan saya mati satu persatu? Berapa2 minggu kenapa semua mati?

Soalan kedua : 
Air anak ikan perlu ditukar pada fry umur berapa hari? Dan bagaimana cara utk menukar air fry? Dan berapa peratus air fry yg perlu ditukar?

Soalan Ketiga :
Fry nak tempat terang atau gelap?kena tudung atau x bekas fry?sbb jentik2 masuk.. Bapak kena alihkan bila fry umur berapa bulan?

Jawapan : 

Gambar 1 : Saya guna tong gabus saiz M atau L. Boleh dapatkan di kedai hardware atau belakang pasaraya.. hehe.

Kelebihan mengunakan tong gabus : 
1) Boleh kawal suhu air..tidak terlalu panas , dan tidak terlalu sejuk..
2) Air yg kita isi dalam tong gabus , lama kelamaan akan brkurangan.. jadi pada pendapat saya , jika kita gunakan utk fry amat sesuai.. bila air berkurangan , kita hanya perlu menambah air.

Gambarajah diatas menunjukan tong gabus.


Gambar 2 : Saya mengunakan pasir sungai .. (pasir pantai pon boleh) .. tujuan saya gunakan pasir untuk breed adalah kerana segala najis , kotoran akan mendap kebawah.. secara tidak langsung kebersihan air terjamin.Tanah menghasilkan makanan hidup secara semulajadi . Najis2 ikan dari hasil reputan boleh terhasil infosuria , microalga dan belbagai jenis makanan.


Gambarajah diatas menunjukkan pasir sungai.

Gambar 3 : Ratakan pasir keseluruh permukaan (bawah) gabus.. 

Gambarajah menunjukan pasir sungai yang diratakan.


Gambar 4 : Isikan air paip.

Gambarajah menunjukan air paip di masukkan dalam tong gabus.


Gambar 5 : Biarkan selama 2 minggu..letak tumbuhan air.

Gambarajah menunjukan air yang dimasukan dalam tong gabus dan dibiarkan selama 2minggu sebelum digunakan untuk breed/biak ikan.

Tumbuhan air - Kiambang

Tumbuhan Air

Tumbuhan Air - Teratai

Gambar 6 : Tank yang sedia digunakan utk digunakan/breed..Tanah menghasilkan hidupan semula jadi mngandungi makluk 'halus' (microalga , infosuria dan sbgnya).. makanan utk fry..


Gambarajah diatas menunjukan tank yang sedia digunakan.


Gambar 7 :Fry yg berusia satu bulan , dan si bapak (male) masih menjaga.. tak perlu risau lagi akan jentik2 kerana male ada menjaga.



Gambarajah diatas menunjukan anak ikan yang berusia 1bulan.


Utk pengetahuan.. saya buat luar rumah.. kena panas , kena hujan.. saya tudung 1/2 dari permukaan tank..
Gambarajah diatas menunjukkan tong gabus yg berisi anak2 ikan.



Video diatas menunjukkan anak yang berusia 1bulan , si bapak ( male ) masih menjaga anak.

Tips :
1. Bagi makan anak ikan setiap hari. 
2. Bapak boleh jaga anak sampai anak berusia 2bulan lebih , selagi bapak cukup makan.. bapak tidak akan makan anak , kecuali anak sakit atau si bapak rasa rasa terganggu.
3. Jangan putus asa dan jangan sombong.


Sebarang pertanyaan ?
Facebook - 
Betta Mfa
Whatapps - 013 924 2737


Followers