Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

CARA PENJAGAAN ANAK IKAN LAGA

Selepas ikan berjaya dibiak akan kelihatan sarang buih dipermukaan air. Pada sarang buih tu akan kelihatan putih-putih telur. 





Gambarajah diatas menunjukkan telur ikan laga.


Telur menetas selepas 24 - 30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula kedalam sarang. Selepas menetas anak ikan laga yang masih kecil kan sentiasa berada di sarang (buih). Apabila anak2 ikan ni dah membesar sikit anda akan nampak anak2 ikan ini akan berenang bebas. Waktu yang sesuai untuk diberi makan ialah ketika anak ikan laga berusia 3-5 hari. Makanan permulaan ialah Kutu Air , Artemia atau Microworm. 


Gambarajah diatas menunjukkan anak ikan laga yang baru menetas.



Gambarajah diatas menunjukkan anak ikan laga yang bebas berenang.


Anak ikan laga yang masih baru perlu diberi makanan yang muat dengan mulutnya.








Gambarajah diatas menunjukkan anak ikan laga yang berusia beberapa minggu.


Video diatas menunjukkan anak ikan laga yang berusia beberapa minggu.

Anak ikan selepas beberapa minggu.Pada ketika ini mereka boleh diberi makan jentik-jentik ,  kutu air , bloodworm , tubifex ataupun pallet khas yang saiz sederhana kecil.

Gambarajah diatas menunjukkan pallet khas untuk fry 3minggu keatas yang admin gunakan. Berminat boleh pm.

Anak ikan yang dewasa selalunya berumur 2.5 - 3 bulan. Waktu ni anak ikan dapat diasingkan. Sesetengah ikan takkan membesar secara serentak/sekali. Ikan yang dah cukup dewasa perlu diasingkan.

Gambarajah diatas menunjukan ikan laga yang sedia diasingkan , betina boleh dibiarkan bersama.


Gambarajah diatas menunjukkan ikan laga yang diasingkan dan siap sedia untuk dijual pada pencinta ikan hiasan.



Apa yang dapat saya kongsikan disini, tidak kira apa juga aktiviti atau tugasan yang kita lakukan, buat yang terbaik. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Jangan mudah berputus asa walaupun masih gagal beberapa kali. Bangkit dari kegagalan dan kenal pasti kelemahan yang menyebabkan kita pernah gagal sebelum ini dan atasinya dengan cara yang betul.




Sebarang pertanyaan ?
Facebook - 
Betta Mfa
Whatapps - 013 924 2737

Followers