Selamat Datang Betta Lover !
Hubungi Kami
-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com
Powered by Blogger.
Gambarajah di atas menunjukkan contoh sebenar artemia.
- Artemia juga merupakan sejenis zooplankton yang banyak digunakan sebagai bahan makanan bagi ikan air tawar. Artemia adalah daripada telur udang air masin. Ia merupakan satu alternatif bagi menggantikan moina ( kutu air / ibu air ) dan mudah serta cepat dihasilkan tetapi kosnya sedikit mahal.
- Artemia sesuai dan akan cepat menetas apabila berada dalam darjah kemasinan air laut. Kemasinan yang ideal amat diperlukan dan ia merupakan faktor kejayaan dalam menetaskan artemia. Walaubagaimanapon , mengunakan garam halus yang dicampur bersama air juga boleh digunakan mengunakan sukatan kemasinan yang betul.
- Setelah air masin disediakan, masukkan beberapa sudu ( bergantung kepada jumlah anak ikan yang hendak diberi makan ) artemia ke dalam air masin tersebut. Kemudian masukkan pam angin ke dalam bekas tersebut dan hidupkan angin atau blower sekuat yang mungkin dan dibiarkan selama 24 jam.
- Botol penetasan boleh dibuat sendiri dengan mengunakan botol lutsinar.
Gambarajah diatas menunjukkan cara menetaskan artemia.
Set Penetasan Artemia yang dijual oleh saya.
- Selepas artemia menetas, angin pump perlu dikeluarkan daripada bekas dan tunggu hingga 15 minit atau setengah jam. Telur artemia merupakan jenis telur yang terapung. Apabila oksigen dikeluarkan, artemia akan lemas. Ini kerana artemia adalah sangat sensitif dan memerlukan oksigen. Oleh itu, apabila oksigen dikeluarkan, ia akan lemas dan turun ke dasar. Apabila ini berlaku, kita dapat memisahkan di antara sisa telur artemia dan artemia yang kita kehendaki.
- Apabila artemia berada di dasar maka kita telah boleh menyauk atau membawa keluar sisa telur untuk dibuang,dan mengambil artemia di dasar untuk diberi kepada anak ikan betta yang berusia 4 hari.
- Setelah oksigen dikeluarkan dari tangki penetasan artemia, sisa telur boleh diangkat dengan segera apabila artemia mula turun ke bawah. Setelah semua sisa dikeluarkan, maka oksigen boleh dimasukkan semula dan artemia akan cergas kembali.
- Artemia yang telah menetas boleh diasingkan mengunakan penapis khas , sebelum diberi makan kepada anak ikan , artemia haruslah dibilas mengunakan air bersih selama beberapa minit bagi menghilangkan masin artemia.
Gambarajah diatas menunjukan jenis penapis yang saya selalu gunakan bagi menapis artemia , berminat boleh hubungi saya.
Gambarajah diatas menunjukkan contoh-contoh artemia
- Telur artemia tidak akan menetas tanpa kehadiran oksigen yang mencukupi dan kehadiran air masin. Selagi ia disimpan di dalam bekas kedap udara, telur artemia tidak akan rosak.
# Bagi mereka yang ingin mencuba artemia , saya ada menjual dalam quantiti kecil.
harga satu botol kecil RM10 ( Jenis O.S.I Pro 80 )
Botol Kecil Dan Besar
Info maklumat dan sesetengah gambar dari Google dan Pengalaman sendiri.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya !
Sebarang pertanyaan ?
Whatapps - 013 924 2737
Facebook - Betta Mfa