Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

Cara Pembiakan Ikan Laga ( Breed Betta Fish )

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang saja. Biasanya ikan jantan ekor dia panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomennya.




Betta betina mempunyai 'Ovilpostor' atau bintik / biji putih pada bawah perutnya , tempat telur di keluarkan. Ciri -ciri bentuk badan betta betina ialah mempunyai "Ovipostor" (eggtube) atau pun  bintik putih dibawah perutnya iaitu tempat telur dikeluarkan. Cara yang lain untuk mengenali ikan laga betina ialah apabila ia bersedia untuk mengawan, badannya akan berbelang-belang.



Ovilpostor ( egg tube )


Abdomen berbelang - belang




LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang

Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasanya telah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya.

Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan.

Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki/Bekas Yang Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki seperti akuarium, baldi, gabus styroform dan sebagainya.
Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar dan daun ketapang yg kering. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Bagi meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene , plastik lutsinar atau kiambang untuk mengekalkan buih tidak pecah dan ikan akan suka buat buih di bawahnya.





Proses kenal hati budi sebelum dilepaskan bersama.. Asingkan seperti gambar rajah diatas untuk proses pergenalan atau percintaan..Kenalkan dalam masa 2 hari dan lepaskan bersama . InsyaAllah akan ada hasil.




LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki dan diikuti induk betina


Saya kenalkan dalam bekas bulat selama 2 hari dan lepaskan jantan dalam gabus selama 1jam hingga 2jam bagi biarkan jantan buat buih , dan lepaskan betina bersama.Jangan terlalu menganggu ikan yg sedang ber'honeymoon' , dikuatiri si jantan akan memakan telur jika rasa terganggu. Selepas bertelur , betina perlu diasingkan dan si jantan akan menjaga telur dan fry (anak).



Telur Betta

LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak


Anak-anak ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas. Selepas seminggu cuba dapatkan moina (kutu air),artemia , microworm untuk peringkat pemakanan seterusnya ikan laga ini akan makan apa sahaja seelok-eloknya benda hidup seperti cacing merah ( Bloodworm ), microworm, artemia , jentik-jentik, moina, tubifex.

Info - Google dan Pengalaman sendiri.
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya !



Sebarang pertanyaan ?
Whatapps - 013 924 2737
Facebook - 
Betta Mfa



Followers