Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

IKAN GAPI / GUPPY


Ikan kecil yang mempunyai pelbagai warna, corak dan mudah dibela.Ianya tahan lasak dan mudah membiak menjadikannya sebagai pilihan kebanyakkan peminat.Antara warna biasa ialah merah,kuning, oren,hijau biru dan hitam.Gapi juga mempunyai pelbagai bentuk ekor menjadikan gapi sebagai ikan hiasan yang sangat banyak variasinya.saiz ikan dewasa adalah antara 2 hingga 5 cm.Ikan ini juga sangat mesra dan sesuai dipelihara dalam jumlah yang banyak.

Makanan
Ikan gapi adalah ikan omnivor, ia makan tumbuhan dan haiwan kecil lain. Makanan buatan seperti micropellet boleh  diberikan kepada  ikan ini.
Terdapat juga pallet khusus utuk ikan jenis ini, bagaimanapun  pallet bersaiz besar yang dihancurkan juga boleh digunakan. Ikan gapi juga mengamalkan kanibalisme(dewasa makan anak). Dengan memberi makanan yang kerap dan cukup mampu mengurangkan sifat kanibal ini.

Air
Air yang biasa digunakan untuk ikan gapi ialah air tawar walaupun ikan ini boleh hidup dalam air masin, bagaimanapun  terdapat pendapat mencadangkan  air sedikit payau untuk ikan jenis ini(1 sudu makan untuk 20 liter air), ikan ini lebih digalakkan dipelihara pada  suhu  25.5 dan 27.8 °c
Sesetengah penternak ikan hiasan ini menternak ikan gapi dalam air masin,ini kerana dikatakan dalam air masin ikan ini dikatakan lebih susah dihingapi penyakit air tawar,akibatnya apabila ikan ini (yang diternak dalam air masin) tidak mempunyai imuntasi yang cukup untuk ringtang penyakit ikan air tawar. Antara tanda-tanda nya ialah ikan yg baru dibeli mengalami tekanan atau mati apabila dimasukkan kedalam akuarium...
kestabilan suhu air adalah amat penting untuk ikan gapi, kekuatan sistem imuntasi ikan ini akan mendadak merosot  jika  suhu air berubah mendadak,keadaan ini seringkali mengakibatkan ikan gapi mati beramai-ramai akibat jangkitan kuman atau kulat.

Hiasan
Ikan gapi biasanya tidak menhadapi masalah dengan hiasan dalam akuarium, dicadangkan menggunakan batu-batu kecil dan sederhana dibahagian dasarnya .Batu-batu yang bersaiz sederhana pula dapat menyediakan celah-celah untuk pesembunyian ikan gapi yang baru lahir.
Penggunaan tumbuhan air juga digalakkan, ini dapat mengurangkan tekanan pada ikan gapi kesayangan anda serta memberi tempat membesar yang sihat untuk anak gapi yang baru lahir. Penggunaan tumbahan hidup yang terapung juga digalakkan, ini kerana ikan gapi yang baru lahir tidak mahir berenang dan akan berenang di pemukaan air selama sekitar 2 jam pertama sebelum mahir berenang dan menyelam sepenuhnya. Bagaimanapun, tumbuhan air yang terapung  janganlah  menutupi lebih separuh dari pemukaan akuarium untuk menggalakkan pengudaraan berlaku
Pengunaan pam angin untuk pengudaraan juga amat digalakkan bagaimanapun, penggunaan pam air untuk tujuan penapis air perlu dielak. Kuasa sedutan pam air mampu menyedut dan membunuh ikan gapi yang berharga anda,gunalah penapis air yang menggunakan penggerakan  buih  untuk menyedut air, penapis jenis ini kurang berkuasa tapi selamat untuk ikan gapi anda.

Bagaimana nak tahu jantan dan betina?
- Yang jantan biasanya berekor kembang dan warnanya lebih cantik berbanding yang betina. Yang betina ekornya kecil dan warnanya tidak colourful macam jantan.

Mengawan, Persenyawaan, Bunting dan Melahirkan
- Ikan gapi/ guppy akan masuk usia matang dan ada sifat untuk mencari pasanagan sekitar 2-4 bulan. Kalau tengok ikan betina perutnya mengening bulat, bolehlah asingkan. Dan setelah lahir semua anak ikan, ibunya perlu diasingkan dari anak-anaknya kerana ikan dewasa ada tendency untuk makan anak-anak yang baru lahir ni.

Sentiasa Minta Makan
- Rasanya memang feel ikan begitu. Dia akan minta makan sentiasa, kelihatan seperti kuat makan dan kelaparan. Hakikatnya, kita perlu memberi makan dalam skala/ jadual. Dicadangkan memberi makanan ikan 2-4 kali sehari, dalam kuantiti yang sedikit.

Tahukah anda , harga ikan gapi boleh mencecah harga ratusan ringgit dan ribuan ringgit ?
Antara jenis2 yang ada dibela oleh saya , berminat utk memiliki atau melihat spesis lain boleh whatapps saya 0139242737 ( ALONK )












Tips :- 
  • Sebelum memasukkan batu hiasan, rendamkan semalaman dahulu. Jangan beli-beli terus masukkan dalam akuarium, boleh menganggu pH air.

  • Beli ikan di kedai, atau Online , Biarkan ikan yang masih dalam plastik terapung dalam akuarium selama 15-20 minit supaya ikan biasa dengan suhu air akuarium. Kemudian buka plastik, masukkan pula air dari akuarium, biarkan dalam 5-10 minit. Lastly, barulah lepaskan ikan perlahan-laham ke dalam akuarium.
Sebarang Pertanyaan ?
whatapps - 0139242737
Facebook - Betta Mfa

Followers