Pages

Selamat Datang Betta Lover !

Hubungi Kami

-Telefon : 013 9242737
-Email ke : alonk_adha@yahoo.com

Bank Transfer


NO AKAUN : 11302900209598
(MOHD FAJIHA)



NO AKAUN :
7611044266
(MOHD FAJIHA)

Powered by Blogger.

BETTA WARISAN KITA


Betta ialah sejenis ikan hiasan yang tidak asing kepada penghobi ikan hiasan di seluruh dunia. Di Malaysia dikenali sebagai ikan Laga,  di Indonesia sebagai Cupang dan Thailand sebagai Pla Kad. Di setengah-setengah daerah di negara kita ikan ini pula dikenali sebagai ikan Karim, ikan Tempala, ikan Laga atau Sepilai. Di Amerika Syarikat ikan ini dikenali sebagai Betta sementara di UK dikenali sebagai Fighting fish. Satu jenis ikan tetapi namanya pelbagai. Dalam kalangan masyarakat negara kita, umum sedia maklum bahawa Betta adalah sinonim dengan ikan pelaga. Bagi tujuan mengelakan kekeliruan kerana nama panggilan yang berbeza-beza ini, istilah Betta digunakan yang merujuk kepada ikan tersebut. Kini istilah ikan Betta tidak asing dalam kalangan penghobi ikan hiasan dan juga orang kebanyakan.

Betta terdiri 2 jenis iaitu :-

1) Betta hiasan ( SHOW BETTA ) yang merujuk kepada spesies Betta splendens atau Pelaga Siam, yang begitu banyak terdapat dalam pasaran. Show Betta terbahagi kepada beberapa jenis seperti HMPK, HM, CT, Dumbo, Giant dan lain-lain lagi.


Gambarajah diatas menunjukkan Betta Hiasan jenis OHMPK.
photo oleh Nicho Salim


2) Betta liar ( WILD BETTA ) pula dirujuk kepada pelbagai spesies Betta yang ditangkap dari habitat semula jadi selain daripada Betta splendens. Banyak spesies Betta liar di Asia Tenggara telah dijinak dan dibiakkan di dalam kurungan oleh ramai penghobi. Betta liar ini sebenarnya telah menarik ramai pencinta dan penghobi Betta dari seluruh dunia untuk datang ke lokasi semula jadinya di Malaysia, Indonesia dan Thailand. 
Gambarajah diatas menunjukkan B Persephone "Ayer Itam"
photo oleh Zahar Az

Gambarajah diatas menunjukkan Betta Livida
photo oleh Admin





Sekiranya anda ingin menjadi seorang penghobi atau penternak Betta profesional dan berpengetahuan sifat yang perlu ada ialah sentiasa perihatin dengan kebajikan haiwan dan bertanggungawab. Anda juga seharusnya  berpengetahuan, mempunyai sifat penyayang dan ghairah dengan Betta yang dipelihara.

Photo oleh Mohammad Zaini Suleiman


Gambar oleh Admin

·      Anda harus menyedari bahawa Betta  yang ditangkap dari habitat semulajadi atau akan dibiakan dalam tangki destinasi akhirnya ialah tangki akuarium. Walaupun ikan yang ditangkap dari habitat semulajadi merupakan sumber boleh diperbaharui (renewable), adalah perlu diingat bahawa setengah spesies adalah endemik atau hanya boleh diperolehi dari satu tempat itu sahaja di dunia ini. Sebagai contohnya Betta persephone dan B. coccina hanya boleh perolehi di Paya Gambut di Pagoh, Johor juga B. livida hanya ditemui di paya gambut tanjung Malim. Kita juga sedia maklum bahawa habitat semulajadi ini sangatlah rapuh akibat persaingan yang sengit dengan penerokaan tanah dan pembangunan kawasan pertanian;

·      Anda harus mengetahui dan mengumpul sumber maklumat asal usul dan biologi Betta peliharaan anda supaya arif dalam menyediakan keperluan penternakan sesuatu spesies itu seperti keperluan mutu air, pH, jenis makanan yang sesuai untuk sesuatu jenis ikan;

·      Menyediakan akuarium yang sesuai dengan saiz Betta, lengkap dengan sistem penapisan, pengudaraan, tempat persembunyian supaya Betta hidup dengan  selesa di dalam tangki akuarium;

·      Betta yang baru ditangkap dari habitat semula jadi perlu dikuarantin sebelum dimasukkan ke dalam sistem pemeliharaan sebagai langkah pengawalan penyebaran penyakit;

·      Tangki ternakan mestilah ditutup supaya Betta liar tidak melompat keluar kerana ikan yang baru ditangkap ini biasanya tidak selesa dengan suasana di dalam akuarium;

·      Air di habitat asal Betta biasanya bersuhu rendah, oleh kerana itu suhu air tangki ternakan mesti optimum dan sesuai untuk kehidupan Betta

·      Anda perlu mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap kepelbagaian bio spesies tempatan. Sekiranya anda memelihara Betta eksotik (berasal dari luar negara, termasuk Sabah dan Sarawak) anda tidak seharusnya melepaskan ikan yang anda tidak kehendaki lagi ke ekosistem atau perairan tempatan. Adalah lebih dinasihatkan supaya menghapuskan ikan yang tidak dikehendaki akibat sakit atau terlalu tua dengan cara merendam dalam ais dan klorin dan kemudianya membakar atau menanam untuk tujuan melupuskan ikan yang tidak dikehendaki.



Sebagai kesimpulannya kita perlu sedar bahawa ikan bukanlah bahan yang boleh dilupuskan sesuka hati. Memandangkan kebanyakan Betta diambil dari habitat semulajadi, kelestarian spesies itu perlulah diambil kira. Untuk menjadi penghobi dan penternak yang bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkarisma, anda perlu mempelajari tabiat dan keperluan setiap spesies yang anda ternak secara mendalam  dan profesional.  

Rujukan - 

1. http://mrarowana.blogspot.com/?spref=fb
2. Ikan Air Tawar Malaysia (Malaysian Freshwater Fish)  
3. Google


Sebarang pertanyaan ?

Facebook - Betta Mfa
Whatapps/ call - 013 924 2737



Followers